Saturday, 2 February 2013

Suatu hari di klinik


Satu hari di klinik swasta... Kudut datang berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sakit belakang.

Doktor: Apa hang dah buat dgn belakang hang ni?

Kudut: Saya keje syif malam. Bila saya balik umah saya kat tingkat 3 pagi tadi, saya dengar bunyi bising kat dlm bilik tido saya. Saya saspek ada org dah tido dgn bini saya. Saya tgk pintu balkoni saya terbuka. Saya berlari ke situ, jenguk ke bwh dan nampak sorang lelaki kelam-kabut lari sambil pakai baju dan seluar dia... pas tu saya trus angkat peti ais saya dan campak kat lelaki tu. Tu yg sakit belakang sampai skrg ni, doktor.

Tetiba, Chet meluru masuk ke bilik rawatan. Keadaan Chet nampak serius seolah-olah baru lepas dilanggar kereta,

Doktor: Uih! Pesakit yg saya tgh periksa ni nampak teruk. Tapi hang lagi dasyat aku tgk... apa dah jadi?

Chet: Saya dah lama menganggur. Ari ni ari pertama keje baru saya. Tapi saya lupa set alarm semalam dan pagi ni saya dah terlambat. Tgh saya berlari ke stesen bas sambil pakai baju dan suar saya, tetiba je ada sebijik peti ais hinggap kat belakang saya, doktor!

Kemudian, Chot masuk ke bilik doktor tadi. Keadaan Chot lagi teruk daripada Chet dan Kudut. Doktor terkejut biawak...

Doktor: Hang pesal lak ni?

Chot: Saya ada kat dlm satu peti ais. Tetiba jer ader org campak peti ais tu ke bwh dari tingkat 3, doktor!!!

Friday, 1 February 2013

Jadual pembayaran gaji Februari 2013 - merangkak !!


mati-mati uncle ingatkan gaji di bayar seawal 7hb Februari 
iatiu pada hari Khamis ... 
habis berdebat dengan aunty bagaikan ..
menegak benang yang basah  !!

rupanya percakapan aunty di pihak yang benar ..
nasib baik lah uncle tak berjoli sakan 
25hb ... ada 24 hari lagi musim pembayaran gaji

lama lagi oiiiiii
merangkak .. 
lupakan
KFC
lupakan 
McD
lupakan
makan di luar
lupakan itu lupakan ini

mulakan penjimatan yang luar biasa !!

Tuesday, 29 January 2013

Pertama kali dapat award hihihi


Betul beb !! pertama kali dapat award dari bloggers. Dulu-dulu tu banyak jugalah terima tapi uncle buat dunno bukan sombong tapi sebab tak cukup tempat untuk menempatkan entry.

Sekarang uncle ada masa, dan uncle nak menghargai orang yang memberikan award tu, terlebih dahulu siapa agaknya yang bagi ek..? jom tengok award yang uncle dapat seperti di bawah nih ..


Dahulu masa uncle mengaktifkan kembali blog, trafik yang agak tinggi jugak yang uncle dapat dari oh-jiwa-taiko. Taiko jadah apa main blog? kalau taiko ni jaga tempat lah..kaut yuran perlindungan..sailang tapak jual cd lucah.

Sekali dapat tahu..rupanya budak naka sabella, hahahha, nama bukan main jiwa taiko, mungkin dulu atau la ni jadi taiko kat skool kot, mana uncle tau..kena tanya tuan punya badan sendiri, kalau nak tau..pergi lah ke blog bernama sabella

Kepada sabella, terima kasih uncle ucapkan, tahniah sebab follower lebih dari 1000 rakyat jelata, kiranya dah masuk tahap senior lah tu hihih

Harapan uncle agar sabella aktif berblog selagi masih ada hayat dikandung badan, menghormati sesama blogger jangan sombong dan rasa besar kepala bila bergelar otai blog nanti.